Oleh Nuri Angkasa
PAK KASSIM kini sudah berusia 85 tahun, tapi ingatannya masih kuat dan mampu mengingati peristiwa ngeri pergaduhannya dengan penunggu Tasik Leban (bukan nama sebenar), ketika memancing dalam kawasan berkenaan bersama tiga lagi rakan karibnya.
Ketika berusia 40 tahun, beliau antara kaki pancing paling berani hingga digelar Tok Guru Pancing di kalangan kawan sekampung. Tasik Leban jauh di dalam kawasan hutan tebal dan jarang di kunjungi kaki pancing kerana tasik itu dikatakan ada penunggu yang ganas lagi menakutkan, tapi ikan memang banyak.
Pak Kassim (bukan nama sebenar) mula mendedahkan cerita semasa ditemui penulis di rumah anak lelakinya di Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini. Dia bersama
tiga rakan pancing lain sudah bertekad untuk pergi memancing di tasik berkenaan.
Pak Kassim membawa beberapa batang buluh rencong, khemah dan barang makanan. Parang panjang satu hasta adalah teman paling setia yang tidak berpisah dari pinggangnya.
"Kami memang berani ketika itu, rasa takut memang tidak ada", cerita Pak Kassim lagi sambil menggulung rokok daun nipahnya.
"Dengan menggunakan dua buah motosikal lama, kami tiba di tasik berkenaan pada jam 3 petang.'' katanya.
Pak Kassim seperti biasa memberi salam dan mengarahkan rakannya supaya berehat sementara dia melakukan solat sunat. Tiba-tiba sejadah yang dibentang terbang lalu tersangkut pada dahan pokok yang agak tinggi.
Pak Kassim terus menunaikan solat walaupun kupiah di kepalanya turut terbang ditiup angin yang tiba-tiba jadi kencang. Rakan lain yang melihat kejadian itu mula rasa sesuatu yang tidak kena dan membaca ayat al-Quran.
Selesai solat, Pak Kassim berdoa bermohon kepada Allah untuk menguatkan semangatnya dan berlindung dengan kekuasaan-Nya. Pak Kassim melaungkan azan sekuat-kuatnya sambil mencabut parang lalu menikam ke bumi.
"Aku datang untuk mencari rezeki cara baik, tapi kamu ganggu aku, kamu ganggu aku sembahyang," suara Pak Kassim garang mencabar. Suara ketawa garang kemudiannya bergegar di kawasan tasik serta dengan angin kencang bertiup, tapi Pak Kassim dan rakan yang lain sentiasa membaca ayat Al-Kursi.
Dalam keadaan yang kurang menyenangkan itu, mata parang Pak Kassim yang terpacak di bumi tercabut lalu terbang menikam batang pokok ara rendang di tepi tasik. Jerit kesakitan kedengaran dengan kuat diikuti suara mengilai yang lebih garang dan bertukar menjadi perang membaling batu dan kayu bertalu-talu
ke arah Pak Kassim dan rakannya yang sedang membaca ayat Al-Kursi.
Pokok besar kemudiannya tumbang di kiri kanan tempat mereka berkumpul tetapi tidak mengenai mereka.
Pak Kassim cuba ditarik keluar dari kawasan tempat beliau melakukan solat tapi tidak berjaya, malah suara Pak Kassim bertambah kuat dan yakin membaca ayat
Al-Kursi.
Suara penunggu tasik sudah mula tidak menentu, tetapi masih mengugut Pak Kassim dan rakannya yang akhirnya menunjukkan wajah menakutkan. Pak Kassim yang
memang tidak kelihatan gentar merenung wajah yang tidak digemari itu dengan tepat. Semangatnya bertambah kuat dengan membaca ayat Al-Quran dan yakin penunggu
tasik pasti tewas dengan kekuatan ayat Al-Kursi yang terus dibaca.
Nyata pada ayat akhir surah berkenaan yang dibaca lebih tujuh kali penunggu tasik menjerit kesakitan yang amat sangat lalu terbakar dan dalam masa yang sama Pak Kassim dikejutkan oleh rakan pancing bahawa joran pancingnya sudah mengena ikan besar.
Pak Kassim terkejut memandang sekeliling dan bertanya mana penunggu tasik. "Tok Guru tertidur lepas sembahyang tu tadi," kata seorang rakan sambil menggeleng kepala dan disambut dengan ketawa rakan yang lain. Pak Kassim tersenyum dan kemudian mendaratkan patin seberat 5 kilogram.
"Saya mimpi rupanya tapi ternyata kekuatan ayat Al-Kursi dapat melawan syaitan," tambah orang tua itu lantas melepaskan pandangan jauh merentasi peristiwa dalam mimpi atau benar-benar berlaku.
RENUNGAN
ADAKALA mimpi membawa kenyataan dan tidak kurang ia dianggap permainan tidur tapi yang menakutkan itu adalah perasaan sendiri, jika takut maka takutlah,
justeru, berserah kepada Allah dalam apa jua keadaan, kerana Allah sentiasa melihat dan mengetahui.