
Qaza‘
Terdapat  bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi  wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ (???).  Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang  lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi,  mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut  depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan  qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak:  1/363-364) 
 Larangan  melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada  ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :
 "Sesungguhnya  Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘  (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."
 (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :
  "Sesungguhnya  Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang  dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain,  lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu  cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak  mencukurnya)."
(Hadis riwayat Abu Daud)
(Hadis riwayat Abu Daud)