Bahasa isyarat ekor kucing

Kucing menggunakan ekor sebagai salah satu alat komunikasi menunjukkan emosi bukan sahaja kepada kucing yang lain tetapi juga kepada kita.  Berikut ialah beberapa posisi pergerakan ekor kucing dan maksudnya yang kita boleh kenal.






Ekor yang melengkung ke bawah dan kemudiannya melengkung di hujung ekor seperti  huruf  'S' terbalik

Maksudnya: Berada dalam keadaan rileks dan selesa









Ekor yang melengkung lembut ke bawah tetapi sedikit terangkat

Maksudnya : Mula menunjukkan minat terhadap sesuatu



Ekor melengkung ringan hala ke atas dan hujung nya bengkok sedikit ke hadapan ataupun ke belakang

Maksudnya : amat berminat dan menjadi peramah (friendly) 





Ekor dan hujung ekor lurus ke atas

Maksudnya : dalam keadaan ceria dan menyapa mesra (cheerful greeting)





Ekor lurus ke atas tetapi dihujung ekor ada sedikit pergerakan  menggigil

Maksudnya : menunjukkan kemesraan dan kasih sayang





Ekor tidak bergerak tetapi hujung ekor berkotak katik (twitching)

Maksudnya : sedikit menjengkelkan / bengang  (slightly irritated)





Ekor tidak bergerak tetapi hujung ekor berkotak katik dengan laju

Maksudnya : lazimnya kucing sedang rasa amat jengkel/bengang tetapi ada juga

kucing yang menunjukkan reaksi ini bermaksud amat gembira 



Kesemua bahagian ekor baik di pangkal mahupun di hujung bergerak ke kiri dan kanan  dengan laju

Maksudnya : Marah



Ekor lurus ke atas dan berbulu kembang

Maksudnya : Agresif





Ekor bengkok ke atas dan mengembang

Maksudnya : bersedia untuk menyerang jika di hasut atau usik (provoked)





Ekor diturunkan ke bawah dan bulu agak menguncup

Maksudnya : takut





Ekor ke atas dan agak kembang (big tail)

Maksudnya : mungkin ingin bermain dan berlari /mengejar





Ekor dan belakang badan turun ke bawah hingga ekor kadang kala berada

di celah dua belah kaki belakang

Maksudnya : tewas atau sedang sakit





Ekor  bengkok ke bawah diikuti dengan badan yang merendah

Maksudnya : bersedia untuk disetubuhi.. (rogol? hahaha)


Kalau ekor pendek, macam mana ye nak kenal emosi mereka?.. Selalunya kucing sebegini banyak mulut :) Hanya pemiliknya saja yg tau maksudnya..



Sumber :

http://www.feednfarm.com/cattails.html

http://www.xmission.com/~emailbox/tailtalk.htm



◄ Newer Post Older Post ►