Kisah hantu di kapal RMS Queen Mary lebih menggerunkan apabila dikaitkan dengan kematian seorang anggota bomba muda, John Pedder, 18, pada 1966. Pedder dikatakan terbunuh ketika pintu di bilik enjin tiba-tiba terbuka dan menghentamnya. Dia mati di tempat kejadian dan hantunya yang dikatakan tidak tenteram sering berkeliaran dalam kapal itu.
RMS Queen Mary sebenarnya dibina ketika kehangatan Jerman melancarkan dua kapal perangnya, Bremen dan Europa. Britain yang tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan pembinaan kapal perang akhirnya mengarahkan Star Line membina sebuah kapal seberat 60,000 tan manakala sebuah lagi syarikat, Cunard membina satu lagi kapal seberat 75,000 tan. Kedua-duanya ketika itu masih belum diberi nama dan hanya dikenali sebagai No 552 dan No 534.
Akhirnya Raja George V bersetuju kapal itu dinamakan RMS Queen Mary, sempena nama isterinya, Mary walaupun pada awalnya Cunard ingin menamakannya Victoria. RMS Queen Mary dibina oleh dua syarikat, John Brown & Company Shipbuilding dan Engineering Shipyard yang berpangkalan di Clydebank, Scotland pada Disember 1930. Bagaimanapun, pembinaan itu terhenti pada Disember 1931 disebabkan kemelesetan ekonomi. Cunard kemudian memohon pinjaman Kerajaan British untuk menyiapkan No 534 dan pinjaman itu diluluskan untuk menyiapkan kapal berkenaan manakala bakinya digunakan menyiapkan kapal yang dikenali sebagai No 552. Kapal itu kemudian dinamakan Queen Elizabeth.
Ketika memberi pinjaman kepada Cunard, satu daripada terma pinjaman Kerajaan British menyebut Cunard mesti bergabung dengan White Star Line. Atas persetujuan, kedua-dua syarikat besar itu bergabung pada April 1934. Kerja menyiapkan RMS Queen Mary disambung semula dan akhirnya dilancarkan secara rasmi pada 26 September 1934. Bagaimanapun, reka bentuk RMS Queen Mary disifatkan sebagai sangat tradisional dan menerima kritikan hebat. Ia dikatakan versi baru yang lebih besar untuk satu lagi kapal perang era Perang Dunia Pertama yang juga dibina oleh Cunard. Malah, reka bentuk dalamannya yang diberi sentuhan “Art Deco” sangat konservatif berbanding kapal perang milik Perancis.
Bagaimanapun, RMS Queen Mary membuktikan semua kritikan itu salah, apabila ia menjadi kapal perang yang terbesar dan boleh mengangkut lebih banyak tentera berbanding kapal perang negara Eropah lain. Kapal itu juga muncul sebagai kapal perang terpantas. Ini terbukti apabila pada Ogos 1936, kapal itu memenangi anugerah untuk kapal terpantas, Blue Riband. Dalam Perang Dunia Kedua, RMS Queen Mary bukan saja berkhidmat untuk tentera British sebaliknya turut membawa kumpulan tentera Australia dan New Zealand ke United Kingdom. Oleh kerana saiz dan prestijnya, tentera musuh terutama Jerman ingin sekali melihat ia karam.
Malah, Adolf Hitler pernah menawarkan $250,000 kepada tenteranya jika berjaya menenggelamkan RMS Queen Mary. Selepas perang tamat, RMS Queen Mary akhirnya dijual bagi membolehkan Cunard menambah modal membina kapal baru. RMS Queen Mary ‘menamatkan’ perkhidmatannya pada 1967. Bagaimanapun reputasi Hantu Kelabu tidak berakhir begitu saja. Sepanjang 60 tahun berkhidmat, 49 kematian dilaporkan berlaku di situ. Justeru, RMS Queen Mary kerap kali dirujuk sebagai lokasi roh tidak tenteram berkumpul.
Atas tarikan dan reputasinya, pemilik baru menjadikan RMS Queen Mary sebagai tarikan pelancong. Malah, bukan lagi rahsia apabila dalam usaha menjadikan kapal itu lebih berhantu, beberapa kesan khas yang lebih dramatik dipasang di beberapa lokasi strategik antaranya bilik enjin. Menerusi lawatan yang dibuka setiap hari, pelancong boleh melakukan siasatan aktiviti paranormal peribadi. Pelancong juga digalakkan mendokumentasikan pengalaman itu. Ketika sambutan Halloween, RMS Queen Mary adalah lokasi berhantu paling popular menerusi aktiviti yang dinamakan “Queen Mary’s Shipwreck’ yang diadakan setiap tahun.

Disebabkan reputasinya, RMS Queen Mary kerap kali menjadi tarikan kumpulan paranormal untuk membuat penyelidikan. Malah, ia pernah dipaparkan dalam pelbagai rancangan televisyen seperti Ghost Hunters. Sebuah rancangan paranormal terbitan British, Most Haunted turut memaparkan misteri RMS Queen Mary. Tidak ketinggalan, siri paranormal terkenal 1998, X Files turut merakamkan satu episod mengenai kapal berkenaan.
FAKTA: RMS Queen Mary kerap kali menjadi lokasi penggambaran filem, siri televisyen dan iklan antaranya termasuk

# The Poseidon Adventure (1972).
# SOS Titanic (1979).
# Iklan kereta Toyota untuk versi Celica All-trac Turbo (1991)
# Tidal Wave: No Escape (1997).
# Pearl Harbor (2001).
# Fiona Apple "O' Sailor" (video).
# Rancangan paranormal Britain, Most Haunted (2005).
# Siri akhir rancangan bersiri Arrested Development (2006).
# National Lampoon's Dorm Daze 2 (2006).