Artikel ~ Raksaksa Laut Zaman Purba

Pada April 1977, pukat kapal nelayan Jepun Zuiyo Maru menarik naik sesuatu yang aneh dari dasar laut dekat New Zealand. Ianya adalah seekor haiwan laut misteri berukuran 14m panjang dan nampak seperti raksaksa laut zaman purba. Kelasi kapal menarik naik bangkai haiwan pelik itu dan mengambil beberapa keping gambar sebelum nakhoda kapal memerintahkan supaya bangkai itu dibuang kembali ke laut untuk mengelakkan ia dari mencemarkan tangkapan yang lain.

Selepas tiba ke Jepun, gambar yang diambil diteliti oleh Prof Tokio Shikama, seorang pengkaji haiwan purba Universiti Yokohama dan beliau mengistiharkan bahawa bangkai itu bukan dari sebarang spesis ikan atau mamalia yang diketahui. Malahan, beliau mengesyorkan bahawa ada persamaan antara bangkai itu dengan haiwan laut purba pleisiosaurus yang sepatutnya telah pupus lebihkurang 100 juta tahun yang lalu.

Beberapa kapal lain cuba mencari kembali bangkai tersebut tetapi tidak berhasil. Alangkah malangnya kerana satu bangkai haiwan yang telah pupus nilainya tidak terkira jika dibandingkan dengan tangkapan ikan bot yang terbabit.
Jika benar haiwan ini adalah raksaksa purba yang masih kekal sehingga baru-baru ini, maka ini bukti bahawa segala teknologi yang kita ada masih gagal membongkar segala yang ada di bumi ini, apatah lagi mengenai perkara-perkara ghaib yang nampaknya begitu mudah ditolak oleh manusia yang kononnya berpemikiran moden.
◄ Newer Post Older Post ►