Q & A: Mengapa kucing suka duduk dalam litter box?



Termenung seketika DC bila menerima soalan sebegini. Sebabnya, sepanjang DC memelihara kucing, tidak pernah DC mengalami cat behavioural issue sebegini. Bagaimana dengan rakan-rakan sekelian? Boleh bantu Baby atau share tips di sini? Walau bagaimanapun DC tabik dengan sikap Baby yang prihatin dan observe dengan sikap si Comel bernama Kiki.




DC tidak mahir dalam masalah ini tetapi boleh juga ikuti info yang DC simpulkan ini hasil dari pengamatan di beberapa laman web mengenai masalah perilaku kucing sebegini.




MENGAPA?



Kucing tersebut diambil atau adopt dari rumah perlindungan (shelter)
Mungkin kandang atau cubicle yang mereka diami di shelter berkonsepkan 'kandang terbuka' (open cage), dan lantai di kandang di mana mereka ditempatkan sejuk dan tidak selesa, membuatkan si Comel duduk dalam litter box yang disediakan kerana itu lah sahaja pilihan yang ada.  Keadaan ini membuatkan si Comel 'terbiasa' walaupun mereka telah diadopt oleh tuan yang baru.


Si Comel berasa tidak selamat
Kebanyakan kucing menggemari kotak. Sikap ini banyak didapati pada kucing outdoor. Apabila mereka rasa tidak selamat, litter box sahaja yang mereka rasakan mampu memberi perlindungan walaupun kotak tersebut kotor.


Si Comel tidak sihat.
Apabila keadaan ini berlaku,  deria bau si Comel tidak dapat berfungsi dengan baik lantas tidak dapat membezakan litter box atau tempat tidur.  Apa tah lagi jika kandang tersebut agak sempit dan mangkuk makanan berada berdekatan dengan litter box. Bawa lah si Comel berjumpa dengan vet, jika ini berlaku.


Berkongsi kotak pasir
Habitat kucing apabila selesai dengan 'business'nya ialah menyembunyikan najis dan air kencing mereka. Apabila sebuah kotak pasir (litter box) di kongsi dengan beberapa ekor kucing, Kiki cuba bersikap dominan dengan enggan berkongsi bauannya dengan kucing2 lain walaupun kucing2 lain tidak hirau dengan sikapnya. Seeloknya setiap ekor kucing harus ada kotak pasirnya tersendiri. Malah yg terbaik ialah jika anda mempunyai 2 ekor kucing, tempatkan 3 kotak pasir!  (Dalam kes DC, pernah kucing DC tunjuk protes dengan buang najis betul2 di luar litter box tu - gara2 tak mau kongsi litter box)


Gangguan

Beberapa keadaan yang mengganggu emosi si Comel seperti berikut :

  • air freshner (penyembur wangian udara) yang mengeluarkan bauan limau, citrus atau pine. Bauan ini amat menyenangkan kita tetapi ianya menggugat sensitiviti (offensive) si Comel;

  • Lokasi kotak pasir berada di laluan kucing2 lain yang lebih dewasa dan yang boleh menimbulkan rasa tidak selamat jika si Comel keluar dari kotak pasir tersebut.

  • Bunyi yang kuat seperti radio dan stereo membuatkan si Comel tidak berganjak dari kotak pasir kerana tidak tenang berada di luar kotak





BAGAIMANA ATASI?


Untuk atasi masalah ini, Baby kena banyak bersabar melatih atau melatih semula (retrain)  kerana Kiki mungkin memerlukan masa yang agak lama mengubah sikapnya. Cubalah atasi dengan melakukan salah satu atau lebih perkara2 berikut :


  • Jika Baby masih mahu gunakan kotak pasir dan jenama pasir yang sama di kongsi dengan kucing2 lain, cuba letak bahan neutralizer yang boleh mengurai struktur kimia sisa najis dan air kencing supaya tiada bauan yg boleh dihidu oleh semua kucing.  Bahan ini dikatakan boleh kita dapati dari petshop. Kena tanya penjual. DC rasa cara ini agak less-solving.. tak menyelesaikan.. tp boleh cuba..

  • Asingkan dia dari kucing2 lain dengan membebaskannya di luar kandang. Cara ini memerlukan pemerhatian yang kerap. Dalam pada tu sediakan kandang baru dan bersih (kalau tiada kandang baru, boleh juga gunakan kandang lama tapi pastikan bersih dan telah dinyahkumah supaya tiada bauan kucing lain)  Letak kotak pasir baru, pasir kucing yang berbeza jenama, mangkuk makanan dan minuman khas untuknya sahaja di dalam kandang. Bila dia seperti mencari spot untuk membuat 'business' masukkan dia ke dalam kandang yang telah disediakan. Setelah selesai, keluarkan semula. Begitu la berturut-turut.  Cara begini ialah untuk dia 'escape' dari keadaan 'biasa' yg dia telah lalui..




dengan kain fleece bauan anda..
  • Banyakkan bermain dan bersamanya supaya dia kenal dengan bau anda. Ambil selimut fleece bersaiz kecil dan anda hendaklah tidur bersama selimut tersebut. (Proses ambil bau) Letakkan selimut bauan anda di dalam kandang iaitu tempat yang anda mahukan dia tidur.  Cara ini mungkin membuatkan si Comel berasa selesa dan banyak menghabiskan masa di situ dari kotak pasirnya.  Jika kurang berjaya cuba letak catnip atau spray feliway (penyembur penenang) di kain fleece tu.



Ini sahaja yang dapat DC bantu. Semoga Baby berjaya melatih Kiki.. :)



◄ Newer Post Older Post ►