Anda pernah memiliki atau jumpa dengan kucing yang banyak bercakap? Mereka ini kita gelar sebagai - attention-seeking cat. Ada beberapa faktor mengapa mereka begini. Antaranya ialah baka, kemurungan seperti bertukar tuan atau kematian anak, sebab2 kesihatan (banyak bercakap kerana mahu anda faham yang dia tu sakit) dan perubahan - seperti kita mengubah dia menjadi indoor cat sedangkan dia jenis outdoor cat.
Atau sememangnya si Comel anda jenis suka bercakap banyak...
yang ikut kita ke mana saja * ni masa DC tengah bersihkan longkang rumah* |
Yang pantang tengok kita tunduk, nampak je muka dia |
Yang meleser, menyandar badan tak kira tempat.. |
Bila kita close-up sikit... |
atau..bila kita tengok kali ke-dua, makin beso mulutnya mengiau |
memberi godaan atau gaya menawan kalbu untuk mendapatkan perhatian.. di sini Jessie buat gaya 'slurrp!' - nak bg tau dia tu lapar la kot |
Jika kita marah, spray air atau kurung kucing yang banyak bercakap, sebenarnya dia telah berjaya mendapat perhatian kita! Sedangkan itu lah yang mereka hendak sebenarnya.
Jadi, apa perlu kita buat? senang je!
Abaikan! Jangan beri perhatian padanya
dan buat muka sposen!
Hasilnya..
|
|
|
\/
\/
Yesss!!.. dia dah penat! |
Tak tau la sama ada dia merajuk atau fedap dengan bunyi klik kamera .. Dah tak mau pandang ke atas! |
"Tak mau kawan mama!" |
Sebaliknya berilah perhatian selepas dia berkelakuan baik dan berada dalam keadaan tenang
seperti gambar di bawah.
Jessie surrender la mama... |
Dan berilah hadiah (reward) kerana sikap baiknya itu. Dengan cara ini sedikit sebanyak dia memahami yang kita tak suka dia bercakap banyak.
Nyam! nyam!! |
Mudahkan? Tapi .. memang benar, kena banyak bersabar bila si Comel tak berhenti bercakap..
Sumber :
http://www.placerspca.org/behavior_Your-Talkative-Cat.pdf
http://www.bestfriends.org/theanimals/pdfs/cats/talkativecat.pdf