Corak Tabby Pada Kucing

Kucing tabby bermaksud corak belang yang ada pada badan haiwan tersebut, bukan warna. Kadangkala ramai orang merujuk kucing tabby ini sebagai kucing domestik berwarna kelabu berbelang hitam.  Sebenarnya corak ini bukan sahaja terdapat pada kucing domestik tetapi pada  hampir semua baka kucing. Difahamkan kebanyakkan kucing tabby, terutama jenis mackerel, mempunyai seakan huruf 'M' di dahi.






huruf 'M' didapati di dahi kucing red mackerel tabby ini




Terdapat 4 corak asas tabby yang diketahui iaitu :



  1. Mackerel (berbelang nipis)

  2. Classic (berbelang tebal)

  3. Spotted (bintik)

  4. Agouti or ticked (bintik halus)



Perlu di ketahui juga, terdapat corak tabby yg ke-5 iaitu 'patched tabby' (bercapuk, tompok) yang juga tergolong dalam kategori warna kucing yang lain. Kucing patched tabby ialah seperti kucing berwarna calico dan tortoiseshell. Kadangkala kucing corak ini digelar 'torbie'





1. MACKEREL TABBY



Merupakan corak yang paling biasa didapati. Kadangkala digelar 'belang tulang ikan' (fishbone tabby) Berbentuk gegelang dan belang nipis selari pada badan kucing.






2. CLASSIC TABBY



Corak jenis ini berbentuk pusar atau bulls-eye. Belangnya lebih lebar dari belang mackerel dengan paten membulat.







Grey Classic Tabby




3.  SPOTTED TABBY



Berbintik. Bintik besar dan kecil didapati terdapat pada baka Australian Mist, Bengal, Egyptian Mau dan Ocicat. Baka Bengal mempunyai paten bintik coklat yang tidak dapat dilihat pada kucing baka lain. Bintik2 berlaku secara rawak dan berlainan saiz. Ianya boleh berbentuk solid atau warna yg penuh. Bintik yang cerah di tengah-tengah dan gelap di sekelilingnya di panggil rosette.









Spotted Tabby pada kucing baka ocicat




4.  TICKED TABBY



Setiap helai bulu mempunyai bintik halus.  Pada kucing baka asli (purebred), sesetengah baka dibenarkan mempunyai corak belang, dipanggil 'bars' di kaki dan muka. Manakala sesetengah baka yang lain tidak dibenarkan mempunyai bars ini.








Sumber :
◄ Newer Post Older Post ►