Rawatan Hidroterapi Untuk Kucing

Agak memeranjatkan orang ramai apabila doktor menyarankan rawatan ini dilakukan ke atas seekor kucing bernama Nazzaning pada bulan Julai 2010.


Nazzaning merupakan seekor kucing betina baka Turkish Van berusia 6 tahun. Pemiliknya, Florence Rostami pada awalnya menyangka Nazzaning hanya mengalami kecederaan di tapak tangan. Namun selepas lawatan ke vet, dan menjalani rawatan MRI, Nazzaning didapati separuh lumpuh kerana kecederaan saraf tunjangnya. Ketika ini lah, seorang pakar neuro bernama Boaz Levitin yang bertugas di NYC Veterinary Specialists mencadangkan Nazzaning mendapatkan rawatan terapi fizikal dalam air.












Hidroterapi merupakan sejenis rawatan menggunakan air kerana sifat air seperti suhu dan tekanan boleh merangsang sirkulasi darah, membuang racun dalam merawat penyakit tertentu.  Rawatan jenis ini hanya digunakan oleh manusia dan juga anjing. Tidak dinyatakan mengapa rawatan hidroterapi dicadangkan digunakan ke atas Nazzaning. Terdapat andaian mengatakan, rawatan ini merupakan kaedah terakhir untuk menyelamatkan nyawa Nazzaning dan tidak kurang pula yang berpendapat, ianya dilakukan kerana Nazzaning merupakan kucing baka Turkish Van yang tidak takut pada air dan juga terkenal kerana pandai berenang.





Nazzaning


Nazanning di bawa ke Water 4 Dogs, sebuah pusat pemulihan untuk haiwan di bandar New York. Hidroterapi ke atas haiwan peliharaan bukanlah rawatan yang murah.  Rostami sanggup melakukan apa sahaja demi memulihkan kesihatan kucing kesayangannya. Beliau membelanjakan sejumlah US160 setiap sesi  dimana Nazzaning harus menjalani 3 sesi rawatan setiap minggu dan setiap tempoh sesi ialah 30 minit.






laman web Water 4 Dogs




Pengurus Water 4 Dogs, Jean Marie Cooper memberitahu, antara rawatan Nazzaning ialah berjalan di atas mesin pejalan kaki (treadmill) yang di tenggelami air sedalam 4-5 inci bagi membantu kekuatan dan kedudukan kakinya. Pada awalnya Nazzaning amat risau dengan apa yg berlaku disekelilingnya dan kerap mengiau dengan kuat tetapi selepas beberapa sesi, Nazzaning berada dalam keadaan lebih baik dan rileks.






Nazzaning juga menjalani rawatan mengurut dan stretching di rumahnya.  Rostami merasa amat gembira dan berpuas hati kerana Nazzaning kini boleh mengimbangkan badan dengan baik dan telah boleh berjalan dengan sendiri.




Nazzaning merupakan kucing pertama yang menjalani rawatan ini dan berjaya melaluinya.Dengan kejayaan Nazzaning, Jean Marie Cooper berharap lebih ramai haiwan peliharaan seperti ferret, arnab haiwan reptilia malah kuda boleh menjalani rawatan yang serupa.





Sumber :



◄ Newer Post Older Post ►