10 tips memilih cat boarding yang sesuai

Lanjutan entri Apabila kita ke luar daerah atau bercuti, saya telah pun menggariskan beberapa opsyen untuk kita pilih bagaimana menjaga atau beri perhatian terhadap kucing kesayangan yang bakal kita tinggalkan. Seperti yang telah saya janjikan dalam entri tersebut, berikut ialah 10 tips bagaimana kita memilih atau mengenali cat boarding yang sesuai dan terbaik untuk si Comel.  Tujuan saya menyenaraikan tips ini bukanlah untuk mengaibkan mana-manat cat boarding atau melibatkan sesiapa jua. Ia sekadar panduan dan perbandingan yang boleh diamati untuk pemilik kucing. Saya memahami perkhidmatan cat boarding di Malaysia amat terhad, namun tidak dapat semua, sekurang-kurangnya beberapa tips yang tersenarai ini tentu berupaya meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. 




TEMUJANJI




Bila kita call nak buat temujanji, kita tak dilayan dengan baik, nampak kita ni tak penting. Tak dapat beri maklumat mudah seperti no telefon kecemasan, tak minta pun no. telefon kita dan tak bertanya siapa vet kita.








LAWATAN




Tempat tu enggan membenarkan kita melawat dan melihat-lihat tempatnya pada bila2 masa (drop by) pada timeframe waktu yang diiklankan.



BERBAU




Bila dapat melawat, perkara pertama anda perlu buat bila masuk ke tempat itu, sila hidu dengan menarik nafas sedalam-dalamnya. Jika terhidu bau yang kurang enak seperti kencing kucing atau najisnya, sila keluar dari tempat tu hehe.. Sebabnya, itu baru bau di ruang tamu, belum lagi kawasan boarding.. (ikutkan, jika ada bau-bauan makanan kucing juga menunjukkan tanda2 yang kurang sihat)


VET KECEMASAN




Kalau tempat tu tak dapat memberi nama dan no. telefon vet mereka yang menguruskan sebarang masalah kesihatan di situ, pastinya mereka tidak menjaga kucing2 dengan baik. Sebaiknya, mereka perlu menunjukkan inisiatif memberitahu kita pelan kecemasan sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak di ingini pada kucing kita.


KUCING YANG TIDAK SIHAT




Semasa melawat, perhatikan jika terdapat kucing yang tidak sihat di kawasan boarding. Kucing2 yang tidak sihat sepatutnya diasingkan dari kawasan boarding atau berada dengan vet..




SANGKAR/KURUNGAN




Pilihan yang terbaik ialah kucing kita tidak dikurung dalam sangkar yang kecil. Jika tempat tersebut menyediakan sangkar bertingkat, ini membolehkan kucing kita memanjat dan bergerak bebas.




VENTILASI DAN PINTU EXIT




Jika tempat tersebut tidak mempunyai ruang peredaran udara yang baik, kucing anda akan mudah mendapat sakit. Pilihan terbaik ialah tempat yang mempunyai ruang udara yang bagus serta mempunyai pintu keluar untuk kecemasan. Jika berlaku bencana seperti kebakaran, mereka mudah diselamatkan. Sebaik-baiknya tempat tersebut bukan merupakan bangunan bertingkat seperti pangsapuri/flat.




PERHATIAN




Setiap kucing yang tinggal di boarding, harus menerima perhatian secara individu. Jika tiada kemudahan harian seperti menyikat dan permainan, anda boleh bertukar fikiran ke tempat lain.




BARANGAN PERIBADI




Jika tempat itu tidak membenarkan kita meninggalkan barangan peribadi si Comel seperti cat’s toy dan bedding untuk kucing kita, nampaknya mereka tidak mengambil berat dengan keselesaan si Comel di situ.




KUCING SAHAJA




Cat boarding yang menerima kucing dan anjing atau haiwan peliharaan lain seperti arnab bukan lah merupakan pilihan terbaik. Anjing yang menyalak boleh menakutkan kucing. Anda sebenarnya boleh menerima cat boarding sebegini hanya jika kawasan anjing dan kucing diasingkan.


Mungkin anda terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan cat boarding yang terbaik. Tetapi ia tentu berbaloi sebab kita akan mendapat piece of mind - ketenangan ketika pergi bercuti atau bertugas di luar daerah tanpa risau dengan keadaan si Comel.




Untuk mencari cat boarding, hebahan dan maklumat yang didapati dari mulut ke mulut amatlah membantu. Kita bole juga consider pandangan dan pendapat di forum-forum dalam website bagi membantu kita membuat pilihan.  Yang penting buat lah lawatan awal sebelum kita membuat keputusan menyerahkan si Comel ke tempat tersebut.





◄ Newer Post Older Post ►