ABSTRAK : Kajian ini menunjukkan udang harimau sejuk kering (Penaeus Monodon) dalam keadaan vakum, pada tekanan 6.5 atm dan suhu -40 oC dengan saiz udang harimau yang berbeza. Proses pengeringan berlaku selama beberapa hari dan ianya bergantung pada saiz udang harimau. Udang harimau akan ditimbang berat setiap 6 jam untuk mengawal proses pengeringan.
Proses pengeringan ini berterusan sehingga berat udang harimau menjadi tetap. Kualiti udang harimau sejuk kering dibandingkan dari segi perbezaan saiz semasa proses pengeringan. Untuk setiap saiz udang harimau, pengiraan diambil berdasarkan kadar peratusan kehilangan berat dan penyerapan air. Sampel A (3 cm) adalah sampel yang mempunyai kadar peratusan kehilangan berat dan kadar penyerapan semula air yang paling tinggi berbanding dengan sampel B (6cm) dan sampel C (12 cm).. Semakin kecil saiz udang harimau, masa yang diambil untuk disejukkeringan adalah semakin berkurangan. Peratus kehilangan berat udang harimau yang tinggi melalui proses sejukkering ini dapat mengurangkan berat untuk pembungkusan semasa proses penghantaran dan sekaligus ia dapat mengurangkan kos. Udang harimau sejuk kering ini juga boleh disimpan tanpa menggunakan peti sejuk atau disimpan pada suhu bilik. Rasa udang harimau yang disejukkeringkan juga dinilai dengan borang penilaian deria dimana hasil kajian ini telah dirasa dan dinilai oleh 12 orang panel. Borang penilaian deria dianalisis dari segi rupa,aroma,struktur, dan rasa. Hasil penilaian tersebut, kebanyakkan panel dapat menerima rasa udang harimau sejuk kering.