Makanan Untuk Anti Kolesterol

# Kacang soya mengandung 48 % protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).
# Kuaci. Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Melakukan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolesterol.
# Buah Kering
Antar berbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandung flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan resiko serangan jantung.
# Ikan Tuna. Termasuk sumber asid lemak omega 3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega 3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL.
# Kacang Tanah
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sehat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merusakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
# Mangga
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberry dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolesterol LDL dalam tubuh.
# Kismis
Mengandung sebatian yang mampu menurunkan kolesterol. Sesiap yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 %.
# Oat
Lebih daripada kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahwa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolesterol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan resiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebagian diet rendah lemak dan kolesterol Anda.
# Jambu Batu
Ia mampu menurunkan panas. Kolesterol dalam badan sebanyak 18,8 %. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400 gm sehari, yang sebiji setengah selama 4 minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.
Sumber : http://www.lautanindonesia.com
◄ Newer Post Older Post ►