Apa itu cirit-birit pada kucing?
Keadaan di mana kucing hilang kawalan dan keupayaan membuang najis secara normal. Dalam ertikata lain, kucing mengeluarkan najis menjurus kepada bentuk cairan dengan kerap.
- Alahan makanan – perubahan diet
- Susu lembu
- Minum air yang tidak bersih
- Stress akibat perubahan persekitaran seperti kejutan kerana bertukar rumah, bertukar tuan, kehadiran orang baru dalam keluarga atau kehadiran haiwan peliharaan yg baru
Sebab-sebab cirit-birit yang merbahaya (berat):
- Kehadiran parasit usus kecil
- Penyakit radang/rengsa usus (inflammatory diseases of bowels)
- Jangkitan fungus atau bacteria
- Hyperthyroidism atau gangguan hormone
- Penyakit buah pinggang
- Barah usus
- Virus – Leukemia, FIV
Simptom cirit-birit
- Kerap buang air besar dalam bentuk cecair
- Terdapat darah dalam najis
- Najis dan mulut berbau busuk
- Demam panas
- Tiada selera makan
- Dehidrasi (kurang air dalam badan)
- Hilang berat badan mendadak
- Letih dan lemah
- Muntah
Perkara yang harus kita lakukan apabila si Comel mengalami cirit-birit:
- Berjumpa dengan vet merupakan langkah terbaik yang harus anda lakukan. Namun ada masanya kita tidak dapat berbuat demikian kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Berikut ialah langkah2 yang boleh kita lakukan:
- Jangan biarkan kucing keluar dari kawasan rumah supaya kita boleh awasi symptom diarrhea. Pantau keadaan pasir kucing supaya kita boleh kenal keadaan najisnya;
- Jangan beri makanan sekurang2nya 24 jam dan bekalkan air bersih sepanjang masa. Tindakan ini selalunya dapat melegakan sakit perut kucing kerana ini akan membuat ususnya berada dalam keadaan‘rehat’. Menurut website vet info - jika kita ke klinik, vet akan beri terapi elektrolit yang bertujuan mengelakkan dehidrasi.
Sentiasa bekalkan si comel dengan air bersih |
- Selepas 24 jam, berikan kucing anda makanan seperti rebusan dada ayam dengan kuantiti yang sedikit – separuh dari kadar biasa. Jangan sekali-kali berikan susu!
dada ayam rebus |
- Jika tiada tanda2 diarrhea, perlahan-lahan tambah kuantiti makanan.
- Jika tanda2 diarrhea masih kelihatan dan berlanjutan, segeralah berjumpa dengan vet anda.
- Antara petua dan ubatan yang boleh diberikan jika kucing kita mengalami cirit birit ialah :
- Sayur labu atau ubat Metamucil – berikan setengah sudu teh sayur labu lenyek pada setiap masa makan kucing boleh membuatkan najis cairan kucing jadi ketulan (firm). Sayur labu yang kaya dengan serat (fiber) dapat menyerap air yg byk di dalam usus. Makanan tambahan (supplement) Metamucil juga terbukti berguna menjadikan najis kucing mengeras.
- Lactobacillus Acidophilus atau Yogurt – Secara semulajadi bakteria boleh dijumpai di usus kucing. Apabila bakteria jahat menyerang, akibatnya terjadilah cirit-birit. Memberi bakteria baik kepada sistem tubuh kucing boleh mengatasi cirit-birit. Makanan tambahan Lactobacillus acidophilus boleh didapati di farmasi kesihatan. Lactobacillus acidophilus juga boleh diapati dalam yogurt kultur-sihat. Jika anda memilih menggunakan yogurt ini berilah 1 atau 2 sudu teh plain yogurt kultur-sihat/hidup yg tiada perasa.
Amaran
Risiko penghidratan/dehidrasi adalah yang paling dibimbangi bila kucing mengalami cirit-birit. Pastikan kucing minum secukupnya. Jika kucing kita enggan, guna ‘force-feed’ iaitu dengan menyuntik air ke dalam mulut kucing menggunakan picagari atau dropper. Dapatkan rawatan di klinik veterinar, kalau kucing mengalami cirit-birit lebih dari 24 jam. Jika kucing mengalami simptom seperti darah dalam najis, demam dan sukar berjalan atau bergerak, jumpalah vet dengan segera!.
Sumber :
http://www.suite101.com/content/effective-natural-treatments-for-cat-diarrhea-a165620#ixzz1AG4u6AMc
http://www.catsofaustralia.com/diarrhea-cats-kittens.htm